<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/416232878528184155?origin\x3dhttp://sastera-kyqin.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
retro!
Monday, February 16, 2009 11:33 PM


Tuesday, September 9, 2008 7:58 AM

Terdapat empat pengajaran yang boleh kami memperolehi daripada Sajak 'Anak Laut'. Pertama, kami harus bekerja keras untuk mendapatkan rezeki yang halal. Kedua, menjadi seorang pelayan itu memberi pengajaran yang tenang. Ketiga, kita harus sentiasa bersyukur kepada Allah atas segalanya dan juga berterima kasih kepadanya apabila mendapat rezeki. Yang terakhir, ia bukan senang untuk mencari rezeki. Kami harus selalu tekun bekerja dan tidak boleh mudah putus asa.

7:54 AM

Cikgu Balkis telah berkahwin bersama suaminya dan mereka tidak mempunyai anak pada mulanya. Cikgu Balkis mula mengajar Muliati semenjak tingkatan dua. Cikgu Balkis ialah seorang yang mengambil berat tentang murid-muridnya. Dia selalu memberi motivasi dan selalu membantu Muliati dan rakan-rakannya yang lain apabila mereka memerlukan.

7:45 AM

Muliati tinggal bersama neneknya kerana ibu, ayah dan tiga orang adiknya telah mati terkorban dalam satu nahas jalan raya yang dahsyat. Dia seorang gadis tempang. Kedua-dua belah kakinya cacat dan tangan kirinya kudung. Dia jalan terhinjut-hinjut dan langkahnya lambat sekali.
Muliati ialah seorang yang tidak mudah putus asa. Dia tetap menelefon Cikgu Balkis walaupun Cikgu Balkis selalu memberi alasan bahawa dia sibuk dengan tugasnya dan tidak dapat berbicara melalui telefon. Muliati juga seorang yang rajin dan bermotivasi. Dia tetap ke sekolah dan belajar dengan tekun walaupun dia gadis tempang dan sukar baginya untuk meneruskan rutinnya dalam keadaan sebegitu.

7:41 AM

Sahabatku ..
Engkaulah yang telah memberiku sokongan
Engkaulah yang telah memberiku motivasi
Engkaulah segalanya bagiku.

Sahabatku ..
Engkaulah yang selalu di sampingku
Engkaulah yang selalu memahamiku
Engkaulah segalanya bagiku.

Sahabatku ..
Engkaulah yang telah banyak membantuku
Engkaulah yang telah banyak mengubah hidupku
Engkaulah segalanya bagiku.

7:39 AM

Senja juga ialah salah satu watak pertama daridapa Novel 'Subuh Hilang Senja'.
Senja ialah seorang kawan yang setia. Dia selalu berada di samping kawan-kawannya pada saat mereka memerlukan. Senja juga seseorang yang menghormati orang lain. Dia sentiasa menghormati kawan-kawan,guru-guru dan keluarganya. Senja juga ialah seorang yang menerima hidayah. Dia telah memeluk Ugama Islam dengan hati yang ikhlas.

Monday, August 4, 2008 12:49 AM

Novel 'Subuh Hilang Senja' yang ditulis oleh Suratman Markasan, merupakan sebuah buku yang penuh dengan pelajaran. Salah satu watak pertama ialah Subuh.

Subuh ialah seorang yang bertimbang rasa. Dia tidak mahu memberitahu perkara yang sebenar tentang hubungan sulit antara Cikgu Roziah, isteri Mr Husin dan Mr Rodrigues kerana tidak mahu mereka mendapat malu. Subuh juga seorang yang suka mengalah dan penyabar. Dia dak menyimpan perasaan dendam terhadap Mr Rodrigues. Subuh seorang yang sangat berdikari dan bijak, dia tidak pernah meminta duit belanja daripada ayahnya dan telah belajar hingga ke Maktab Rendah Elite. Subuh juga seorang yang taat dan boleh dipercayai. Dia taat kepada Tuhan dan agama dengan sentiasa tidak mengabaikan sembahyang.

Profile

Keeqyn/Qeen/Kyn
Sixteen this year.

Links

Mariam
Farliza
Fathanah
Fareez
Badariah